DEFINISI
Orienteering
ialah satu sukan dimana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki
mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah ditandakan di atas peta
dan telah ditempatkan di atas muka bumi, mengikut susunan yang tertentu.
PERALATAN
Titik Kawalan
(Control Point)
Titik kawalan adalah satu kedudukan yang telah ditentukan yang perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semulajadi atau buatan manusia di mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat atau telah dilukiskan di dalam peta yang akan digunakan.
Kedudukan ini bolehlah dianggap sebagai titik pemereksaan (check ponits) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan tidak dikawal atau tidak dijaga oleh sesiapa.
Penanda Kawalan (Control Marker)
Bagi membantu dan menentukan para peserta tiba di titik kawalan yang betul, satu penanda yang khas iaitu penanda kawalan digantung pada setiap titik kawalan. Setiap penanda kawalan mempunyai kod kawalan iaitu dalam bentuk nombor atau huruf atau kombinasi nombor dan huruf. Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.
Di setiap penanda kawalan ini, sebuah penebuk (puncher) turut digantung bersama. Setiap penebuk yang juga unik ini adalah digunakan untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.
Kad Kawalan (Control Card)
Sebagai membuktikan peserta telah melawati setiap kawalan, setiap peserta perlu membawa bersama kad kawalan yang disediakan oleh penganjur. Antara butiran yang terdapat di dalam kad kawalan adalah masa mula dan masa tamat peserta yang akan dicatatkan oleh pengelola atau penjaga masa.
Apabila tiba di suatu titik kawalan, peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda kawalan. Kad ini perlu diserah kepada penjaga masa apabila peserta tiba ditempat penamat untuk dicatitkan masa.
Peta utama (Master Map)
Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan (course) yang akan digunakan oleh para peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta peserta sebaik sahaja tiba masa untuk memulakan acara. Perhatian perlu diberi ketika menyalin agar tidak ada berlaku kesilapan kerana jika peserta tersalah tanda kedudukan titik kawalan di atas peta beliau, ini boleh menyebabkabkan peserta tidak akan menjumpai titik kawalan itu. Namum perlu di ingat bahawa masa telahpun berjalan ketika salinan dibuat, oleh itu elakkan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyalin.
Keterangan Kawalan (Control Description)
Keterangan kawalan adalah satu
senarai titik-titik kawalan yang terdapat di dalam sesuatu landasan. Di dalam
senarai ini terdapat butiran siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
ringkas mengenai kawalan tersebut. Keterangan ini yang mana juga perlu disalin
oleh peserta sebelum memulakan larian, bertujuan untuk memberi panduan kepada
peserta untuk tiba di kedudukan titik kawalan yang betul. Siri titik kawalan
adalah menunjukkan bilangan titik-titik kawalan yang terdapat disetiap penanda
kawalan. Keterangan untuk setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas
mengenai apakah ciri yang terdapat disesuatu kawalan itu.
Landasan (Course)
Landasan merupakan satu kumpulan titik-titik kawalan yang perlu di lawati mengikut susunan tertentu. Landasan dilukis di atas peta utama yang merangkumi semua kedudukan titik-titik kawalan, titik permulaan dan titik penamat. Setiap titik kawalan ditanda dengan tanda dengan tanda bulatan, titik permulaan ditanda dengan tanda tiga segi dan titik penamat di tanda dengan tanda dengan bulatan dua garisan.

Garisan lurus yang dilukis
menghubungi setiap titik adalah sebagai panduan arah pergerakan kepada peserta.
Walau bagai mana pun, adalah terpulang kepada peserta untuk menentukan
pergerakkannya samada akan mengikuti arah garisan tersebut (ini bermakna
mengikut arah kompas sepenuhnya) atau menggunakan laluan lain yang difikirkan
lebih mudah dan pantas.
Jarak sesuatu landasan adalah dikira dari titik permulaan melalui kesemua titik-titik kawalan mengikut garisan lurus yang telah dilukiskan sehinggalah ke titik penamat, di mana ukuran dari satu titik penamat, di mana ukuran dari satu titik ke satu titik yang lain dibuat adri tengah-tengah setiap tanda.

JENIS-JENIS ORIENTEERING
1. Orienteering
Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
2. Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.
Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3. Orienteering Jalanraya (Street orienteering)
Walau pun dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan.
Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.
4. Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
5. Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6. Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7. Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit.
Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.

No comments:
Post a Comment