Monday, 19 November 2012

Tali Tinggi (Abseiling)

Aktiviti Tali Tinggi

PENGENALAN




Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi. Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING
  • TALI : memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tersebut, iaitu tali statik dan tali dinamik.
1. Tali Dinamik 

 –Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai   mengikut jenamaserta pengeluarannya – Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan


 – Saiz : 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm

Tali dinamik standard - tidak mempunyai balutan kalis air tetapi bolehdigunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi


Tali dinamik double dry - lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasiserta keadaan cuaca yang lembap

2. Tali Statik 
 –Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi – Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
 –
Saiz : 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm –Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan.
<

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiGOA3JtJYVTuBsXA2RUzLMYwDhGIWv9hrcPyzRBATAU-bhOHJHcIr67nt2P-kXUdEA5QZmiKCZCSUFSy8GBTw7I0kCoNvYGgT_iyHHKuFittGexd2-kmV9h7tfWO6ezbX3jcQ_xMAS_eT/s1600/rope__Kernmantel__ezg_1.gif
Tali kernmantle








No comments:

Post a Comment